SYARAT PERMOHONAN PERISIAN CLOUD ICT

1. Perisian Cloud ICT yang disediakan adalah terhad dan tertakluk kepada kelulusan pihak PENTADBIR / PENYELARAS ICT BTMKN.
2. Pindaan pada permohonan adalah tidak dibenarkan, sekiranya berlaku pindaan, permohonan asal akan DIBATALKAN kerana mengambil kira permohonan lain yang telah membuat tempahan. Pemohon perlu membuat permohonan semula.
3. Keutamaan pinjaman Perisian Cloud ICT akan diberikan kepada pemohon yang membuat tempahan lebih awal.
4. Tempoh penggunaan Perisian Cloud ICT adalah bergantung kepada justifikasi / keperluan pemohon dan tempoh maksimum adalah selama 1 bulan.
5. Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 hari sebelum penggunaan diperlukan.
6. Pengguna perlu membuat permohonan pinjaman sendiri kerana link instalasi akan dihantar oleh Adobe kepada emel pengguna tersebut.
7. Pemohon boleh berhubung dengan Unit OST, BTMKN di talian 04-6505630 atau 04-6505629 bagi sebarang permasalahan berkaitan instalasi atau pinjaman Perisian Cloud ICT.